Friday, February 22, 2019

Keseluruhan.

Kan aku dah kata sebelum ni, macam pelik je kalau nak menulis waktu bahagia.
Sebab ayat-ayat aku tak power, tak bunga-bunga. Tapi kalau menulis waktu broken, pehhh.
Dia punya padu, jauh sampai Kelantan. Okay, over.

Aku tak ada benda nak cerita, or nak share dengan semua orang. Sebab entah, mungkin bahagia tu aku sorang je boleh rasa. Sebab kalau aku cerita, dia dah tak jadi bahagia. Dia jadi “bah— kau bahagia sorang aja?” Okay again, bapak hambar gila. Tak kelakar, Izzaty.

Kalau orang lain dekat tempat aku, mesti diorang pun akan rasa yang “akulah manusia paling bahagia dan beruntung dia atas muka bumi ini!” sebab yeah, memang pun. Just perempuan tu tetap aku, bukan orang lain. Dan orang yang membahagiakan itu tetap dia, dan bukan orang lain.

Sebab kalau bukan dia, ia tak akan sama. Takkan pernah sama.

Nak mulakan sesuatu relationship tu senang je sebenarnya. Cakap-cakap sikit, sembang-sembang sikit. Then bila rasa boleh go, teruskan je.
Yang susahnya adalah— bila nak stay dalam relationship tersebut.

Aku tak rasa (lagi) benda tu susah sebab sesungguhnya, aku mahu stay bersamanya hingga akhir nafas nanti (okay, over).

Aku taknak pada mulanya saja terlihat indah,
tapi nanti bila datang badai ke ribut ke pejadah, masing-masing blah.

Bila kita nak bersama dengan seseorang tu, pastikan kita mahu dia keseluruhannya.
Bukan hanya bahagian dia baik, cute dan innocent— bukan.
Ketahuilah bahawa semua yang terang itu ada gelapnya.

Untuk sekarang, aku mahu dia secara keseluruhannya.
Bukan setakat waktu dia funny, tapi jugak waktu dia moody.
Bukan hanya waktu dia jadi pelangi, tapi juga waktu dia jadi api.

No comments:

Post a Comment

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...