“Nanti saya nak bagi awak something.”
Me : Something?
“Aah.”
Me : Apa dia?
“Ada lah.”
Me : Klu?
“Surat.”
Thank you. Thank you sebab tulis panjang-panjang— menumpahkan segala perasaan yang anda ada di situ. I hope, that was your closure.
Aku pun baru sebulan lebih dengan dia, tapi ntah. Awal-awal lagi aku dah rasa yang aku ni manusia paling beruntung dalam dunia ni— manusia paling bahagia. Dia je, yang sering kali aku ulang— rugi dapat aku. Bukan sebab perasaan aku kurang untuk dia— no. Tapi ketidakbolehan diri aku yang serba banyak dan tak terhitung. Ya, itu. Kalau perasaan, tidak. Seluruh dan kesemuanya adalah untuk dia. Tak ada ruang langsung untuk orang lain- even Zac Efron (okay, jk. Zac Efron ada sikit heheheh).
Dia— satu-satunya manusia yang memang kalau sayang, sayang sungguh-sungguh. Aku? Pun macam tu. Cuma bezanya, aku tak cakap. Aku lebih kepada simpan sendiri perasaan tu. Sebab apa? Sebab bila melibatkan perasaan, manusia yang bernama Nurul Izzaty yang banyak cakap ni terus jadi bisu. Sebab dia paling failed nak luahkan apa dia rasa. Yang dia tahu, tulis- tulis- dan tulis.
Apa perasaan aku lepas baca?
Entah, perasaan lepas baca tu pun aku tak boleh nak describe.
Marah? Sikit. Dekat siapa? Tak tahu.
Cemburu? Sikit. Dekat siapa? Pun tak tahu.
Sedih? Yes. Sangat. Sebab apa? Sebab untuk ni, aku tahu.
Sebab aku faham. Sebab aku dapat rasa tiap titis air mata yang tumpah waktu ‘surat’ tu ditulis.
Aku dapat rasa tiap kesedihan yang dia ada sebelum dan selepasnya.
Sebab tu aku harap, semoga dengan semua ini, she’ll find closure for herself.
Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dia sendiri.
Aku tak akan cakap “padan muka” or what so ever tu, sebab silap yang dia dah buat,
dia dah pun dapat balasannya.
Balasannya apa?
Dia tidak lagi memiliki lelaki ini— yang dulu pernah sepenuh hati mencintai.
Dan cinta itu, kini— bukan milik dia lagi.
Then, no. It’s no longer your duty to make him happy— no. BIG NO.
Biarpun berapa berat kesalahan yang kau letak di bahu kau,
biar berapa jauh perjalanan kau harus usung rasa bersalah kau— still, no.
That’s my job to make him happy (and annoyed with me, semestinya) for the rest of his life.
Just me. Bukan you, bukan orang lain. So, yes.
Simpan saja niat untuk bahagiakan dia setelah apa yang already done antara kalian.
Tolong, bahagiakan orang lain pula. Fokuskan niat itu untuk orang yang sepatutnya.
Dan orang yang sepatutnya bukan dia.
Don’t make the same mistake. Aku tak bagus sangat but well— you know better.
He is rare, I know. Macam yang aku sendiri pernah cakap dekat dia.
“Awak ni macam watak dalam novel. Macam tak real.”
Sebab apa? Sebab dia rare. Sangat.
And aku tak kisah bila dia masih letakkan dia dalam hati.
Hati orang, aku siapa nak paksa-paksa suruh dia keluarkan?
He’s special, I know. That’s why aku tak kisah pun kau nak simpan ke, nak ingat ke.
Tu hal sendiri. Hal hati sendiri. Macam mana kau handle nanti, terpulang.
So, yes. Ini sahaja perasaan aku untuk malam ini. Rasanya masih ada tapi otak aku dah kering kontang— tak tahu nak taip apa lagi. Perasaan banyak, malangnya perkataan sangat sedikit.
Satu benda yang sangat obvious berubah pada malam ini adalah—
I love him.
I love him more.
More than before.
No comments:
Post a Comment