Aku sebenarnya taknak benci dia sangat-sangat. Tapi apa nak buat?
Perangai dia sendiri macam memintak-mintak untuk dibenci.
Sebab apa aku taknak? Sebab aku taknak benda yang sama jadi dekat aku.
Aku taknak jadi perempuan bodoh yang sanggup tutup mata sebab sayang.
Yang sanggup korban segala demi cinta. Yang sanggup berkongsi kerana kasih.
Aku taknak.
Dan yang paling aku taknak, aku taknak dipertemukan dengan lelaki seperti itu.
Lelaki seperti yang aku benci itu. Yang manis mulut tabur segala janji, padahal zero.
Aku taknak hidup dengan kebencian yang aku ada dari kecil.
Aku taknak kebencian seperti itu wujud dalam hidup baru aku nanti.
Senang cerita, aku taknak anak-anak aku benci bapak dia,
sebab obviously, I hate mine.
I hope that he will never become that man. But (tapi, okay), kalau dia macam tu (which is aku harap TIDAK LANGSUNG!),
aku harap Tuhan kasi kekuatan untuk aku angkat kaki.
Aku penat nak hidup dalam kebencian lagi.
No comments:
Post a Comment