Gadis polos yang baru belajar bercinta.
Aku mahu kamu
memenuhi ruang di antara jari
kerana hanya jari-jemarimu
yang cocok di ruang itu.
Kemahuan aku sangat besar
kadang
dan masih akan terus terfikir
Mampukah aku mendongak terlalu lama
memandang kamu yang tinggi di langit?
Lelaki itu
yang aku mahu
untuk jadi
Lelakiku.
Ruang dijarimu adalah untuk aku
isi jari-jemariku agar penuh
pegangannya teguh dan selesa
dan akan terus begitu
sampai bila-bila.
Kau adalah ruang di antara jariku
dan sebelum jari kita bertaut
hati aku
ada dalam genggamanmu.
No comments:
Post a Comment