Sunday, May 19, 2019

A

Haba dari hembus nafasmu
aku rasa di sebelah telinga
Hangat dan selamat—
perasaan yang aku mahu sampai akhir hayat.

Tetapi masih saja
tiada wajahmu
saat aku berpaling.

Sesaat ia terasa sempurna
dan bila aku sedar yang kau sebenarnya tiada,
seluruh dunia seakan berpusing.

Kau—
terlalu jauh atau terlalu dekat
tidak dapat dibezakan.

Jarak—
perlu diukur dengan keberadaan
atau kehadiran
masih tak dapat dirungkai.

Semuanya terlalu berat
dan bahu ini tidak kuat
untuk memikul segala perasaan
yang aku wujudkan.

Rindu ini terlampau celaka
kerana hanya perasaan itu yang menekan dada.

Sakit
seperti tajam pisau menikam
dan aku robek-robek lagi
agar kesakitan itu pergi.

Malangnya,
sakit itu tidak pergi
dan aku mungkin akan terus hidup
dengan kesakitan ini.

No comments:

Post a Comment

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...