Wajah itu lagi.
Masih wajah yang sama yang aku mahu tatap
sebelum mata terpejam.
Masih suara yang sama yang aku mahu dengar
sebelum sunyi menghinggap.
Masih tubuh yang sama yang aku mahu dakap
sebelum rembulan menghilang.
Perasaan ini aku gantung harap
pada Tuhan
agar kekalkan
sampai hujung hayat.
Biar nanti habis nafas terakhir
aku mengingatkan kamu kepada
setiap perasaan yang aku ada
Kerana sungguh,
ia benar ada.
Dan akan terus wujud
sampai selamanya.
No comments:
Post a Comment