Benda paling common sekali mestilah scroll Twitter and Instagram. Bukak yang ni, tutup yang tu. Bukak yang tu, tutup yang ni. Ataupun main game Cafeland tu. Ataupun tengok tv. Ataupun watch Netflix yang berlambak movie tapi tak habis tengok lagi. Ataupun... ini. Update blog.
Ataupun, scroll conversation lama. Ni. Memang. Benda. Yang. Paling. Aku. Selalu. Buat. Ha. Ha. Ha.
(Lepas tu sendu) lol
19 Februari 2019, dia cuti seminggu. So memang ada kat rumah je, aku je kerja ulang alik Rumbia - Hopital Besar Melaka. Then pagi tu, aku ada quote satu tweet pasal bomboloni (?), cakap yang aku “Nakkkkk”, lebih kurang macam tu lah. Tak lama lepas tu, masa rehat, dia whatsapp cakap pasal tu. Aku pun em, pelik. Macam... apasal semua benda yang aku fikir or actually tweet, dia tahu? Padahal aku tak pernah bagi tahu pun tweethandle aku.
Tapi, dia boleh je cari sebab tweethandle aku dengan insta sama je, so tak susah mana pun. Tapi, awal-awal dulu pun dia dah cakap dia tak tahu. Sampai bergaduh terux dua tiga kali jugak lah pasal benda ni so aku give up, malas dah. Tahu? Okay. Tak tahu? Pun okay. But at least kalau betul tahu, bagi tahu jelah. Kenapa kena sorok-sorok, kan?
Okay, done part tu. Bukan tu yang aku nak share sebenarnya. Aku sebenarnya nak share, macam mana aku boleh berkali-kali tanya soalan ini pada diri sendiri. “What did I do to deserve this guy?” This.
Nak dijadikan cerita, dia belikan. And nanti dia baru hantar rumah. So, nak dijadikan cerita jugak, aku tertidur. Lagi gila bapak nak dijadikan cerita, aku TER-SILENT phone sendiri. Kau boleh bayangkan tak? Dia nak hantar makanan, aku tertidur, then phone aku silent.
Aku tak tahu sebodoh mana lagi aku boleh jadi. Ni antara tahap paling maksima aku punya bodoh. Memang tak boleh nak bincang dah. Memang sangat bodoh.
But he was cool. Sangat. I thought dia akan marah, sebab dia baru sudah buat kabinet dapur rumah nenek dia. Then, terus singgah rumah aku nak hantar bomboloni tu. Pastu aku pulak boleh tidur, dengan phone silent. Dia call banyak kali memang sumpahlah tak bangun. Vibrate pun off.
I was unconditionally and irrevocably in love with him.
So, nak dijadikan cerita (lagi), one of my friend screenshot tweet aku tu and post dekat group. Sebab lepas dia hantar tu, aku tweet “baru cakap pagi tadi, terus dapat” lebih kurang cemtu. But then... one of the group member reply “awal lagi hiks.”
Tak, aku bukan nak cerita yang aku terasa ke apa. No. Yang ni, cerita lain pulak. And aku malas nak elaborate. Kalau aku rajin, see ya next entry. Kalau tak, halalan toyyiban.
Aku just harap, apa yang dia buat hari ini, apa yang dia rasa hari ini, akan kekal— sampai bila-bila. Maksud aku tak ada lah sampai hari-hari nak kena hantar bomboloni (the food’s name is so funny kan? 😂), just.. stay. Stay the same. Kenapa dia nak hantar jugak bomboloni tu? Sebab dia tahu aku nak. And kenapa kalau aku nak, dia nak dapatkan jugak? Sebab dia sayang. And that’s it. Aku nak dia tetap sayang, sampai bila-bila. Jangan kurang, lebih tak apa.
And don’t get me wrong. Tak semestinya tunjuk kasih sayang tu dengan bagi something. Being there for me pun cukup. Which, dia memang tak pernah failed. So, thank you. Thank you for everything.
Ya, dari entry ni nampak macam dia je yang bagi semua, aku? Ya gais, aku duduk goyang kaki je, tak buat apa.
Entah. Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku ergh, tak tahu nak jelaskan macam mana pun sebenarnya. Ada untuk dia? Ada je. Melengkapi dia? Tu aku doubt. Macam mana kau nak melengkapi manusia yang memang dah lengkap?
Dia ada semua, dia tahu semua. Tapi tu lah, aku pun- haih. Mampu cakap thank you tapi tu pun kadang-kadang tak cakap. Tapi perasaan aku ni, sumpah tak belah bagi. Langsung. Untuk dia— sahaja.
No comments:
Post a Comment