Tuesday, March 26, 2019

Hanya.

Mula.

Setiap halaman yang menulis cerita tentang aku itu,
aku selak satu-persatu.

Nangis aku, tawa aku yang dulu— semua sudah berlalu.

Tiada lagi (mungkin) benci semalam yang aku bawa hari ini.
Tiada lagi air mata yang akan aku tangiskan pada kisah kelmarin.

Semuanya, sekejap cuma.

Sakit yang aku fikir akan aku tanggung sampai hujung masa,
rupanya hanya sementara.

Kebencian yang aku fikir akan aku bawa sampai bila-bila,
rupanya terpadam juga.

Semuanya— “hanya.”

Friday, March 22, 2019

Kau #1

Hembus angin lalu menampar pipi- terbakar
Terjun air jatuh menghempas tanah- berdarah

Jerit pekik mereka yang bisu
bukan untuk si pekak.

Lumur badan dengan cinta
jantung mengepam air mata.

Kau terlihat jauh- rupanya dekat
Dekat tetapi masih—
belum mampu aku dakap.

Kau terlihat tinggi- rupanya rendah
Rendah tetapi masih—
tidak boleh berjalan seiring.

Selama mana masa yang mampu aku bayang
yang mampu aku hidup
masih tidak cukup
untuk hidup
dengan
kamu.

Hangat petang makin hilang
dan aku hanya ada engkau seorang.

Wednesday, March 20, 2019

VC.

Aku buat perangai entah hapa-hapa lagi. Tapi bukan tu yang aku nak cerita dekat sini hari ni. Tapi how calm he was and how barai dia semalam but still, kena layan jugak kebodohan aku yang melimpah ruah ni.

“Saya penat sebenarnya.”

“Awak rasa diabaikan?”

“Kalau tak sayang, saya tak tunggu 43 minit untuk dengar apa yang awak nak cakap.”

And again, dengan ketulusan dan keikhlasan itu, aku menangis lagi.
The one and only Izzaty yang boleh buat perangai bangang macam ni, tak ada orang lain dah.

Dan semuanya hanya kerana, ‘VC.’

“Cuba jangan ego sangat.”

Monday, March 18, 2019

No title (2)

Sambung.

So, aku gerak dengan ayah naik motor je. Tak pakai helmet sebab lalu jalan belakang. Dari atas, aku dah nampak kereta dia parking tepi tapi tak nampak mana dia. Toleh-toleh cari tak jumpa jugak. So, turun je motor, terus cari kerusi meja nak duduk.

Tak lama lepas tu, dia sampai. I was freaking menggigil kot time tu. Aku pun tak tahulah kenapa aku seram sangat tapi.. hm okay, takde tapi. Dia datang salam ayah, then duduk. Tanya sihat ke tak, cam biasalah.

Diorang banyak borak berdua je sebab memang borak yang diorang borak tu aku tak leh masuk. Pasal kereta, RXZ, pastu politik. Pastu apa ntah lagi, so aku duduk kacau teh o ais je sambil pandang ayah. Aku tak berapa pandang dia sebab.. ntah. Hahahaha entahlah, tak tahu. But semuanya okay. Fine.

Waktu orang ambek order tu datang tanya nak makan apa, aku pun “nasi goreng pataya.” Ayah pandang aku, dia pandang aku. Ayah cakap, “tu jelah makanan dia.” Dia pun sambung, “tahu tak apa.” Ohh, macam ni eh. Macam ni lah bila aku sorang, takde geng. Semua nak bahan aku.

Banyak gila diorang borak sampai aku pun tak mampu nak tulis satu-satu.

But then... ayah sentuh pasal err, do I have to write this too?

Okay, so then... ayah cakap pasal hantaran apa semua, berkat mak bapak, etc etc. Dah, tu je boleh cerita. Yang lain, boleh tanya sendiri.

Then, nak ringkaskan cerita. Habis makan. Pastu borak lagi sikit, then balik. Ayah bangun gi bayar. Kitorang borak jap then bangun. Dia salam ayah, and ayah pesan drive elok-elok.

Atas motor...

“Peramah budaknya.”

“Dia adik-beradik berapa orang?”

“Kak Long pergi pasar malam lambat sangat balik, sampai mama suruh ayah pergi tengok.”

“Tapi ayah percaya Kak Long pandai jaga diri.”

“Tapi jangan pergi jumpa mak dia dulu.”

Done.


No title.

Idk how to start this entry... but, hm.

Okay, he’s finally met my dad. But not officially like datang rumah ke apa, tapi makan kat luar sekali. Just three of us and yeah..

Patutnya aku nak keluar dengan dia kejap sebelum dia balik but then ayah balik and  I was like... alaaaa I freaking want to see him sebelum dia balik 😩

Then ayah ajak makan, and aku jadi berat hati. Takkan nak keluar jugak dengan dia, padahal ayah dah ajak makan. So, aku dengan otak yang first time geliga (tak ada lah geliga sangat) ni, beranikan diri cakap kat ayah yang aku nak ajak ‘kawan’ makan sekali.

Muka ayah terus berubah.

But then dua kali aku cakap, “kalau tak boleh tak apa lah.” Pastu baru ayah balas, “call lah dia.”

“Saya nak dua-dua, kenapa saya perlu pilih?” That’s what I said to him when he asked “kenapa tetiba ajak saya sekali?” I can’t break my father’s heart and I can’t freaking teruskan hidup this week kalau tak jumpa dia sebelum balik. Yeah, I am super mengada and super gedikz.

I am super mengantuk and I will definitely (kot) sambung cerita ni nanti-nanti.

Thank you, I love you ❤️

By the way, esok exam. Wish me luck!

Wednesday, March 13, 2019

Lucky.

So, buat julung-julung kalinya, baru aku rasa yang...

“BAPAK UNTUNG DIA DAPAT AKU!”

Sebab selama ni asyik persoalkan diri “why me, why me” sebab berlambak lagi yang bagus, cantik, talented etc etc.

Him : Dulu saya tak nak pun kahwin nurse ni sebenarnya.

“Oh, kenapa?”

Him : Sebab nurse banyak yang gatal.

“????? Serious lah? So saya gatal lah?”

Him : Awak tak lah. Awak lain. Terkecuali. Tapi ni dapat nurse pulak.

So, dia jadi “BAPAK UNTUNG DIA DAPAT AKU!” sebab aku bapak tak gatal and mengamalkan sikap ‘pergi mampos’ dengan semua orang.

Okay, takde lah semua. Kalau kerja, kerja bebetul lah. Takde lah nak buat muka kerek jugak depan patient. Tapi serious, kalau aku jadi lelaki, aku tak rasa aku akan suka perempuan macam aku. Sombong, belagak, macam bagus (tapi tu semua secara luarannya lah).

Kalau setengah orang berinteraksi dengan orang lain yang lebih muda dari ayah diorang ke apa (lelaki), diorang akan lebih senang panggil ‘abang’ kan. Tapi aku, tak. Jangan nak macam bodo sangat eh. Geli pun ada. Panggil jelah ‘encik’, bukan mati pun. And aku rasa macam tak profesional je nak panggil orang ‘abang.’ Kalau perempuan tu okay lah, panggil ‘akak.’ Tu pun kalau diorang dulu yang bahasakan diri diorang ‘akak.’ Kalau tak, aku akan stay ‘puan’ or ‘cik’ je.

Aku tak mesra, tak mudah bergaul dengan orang. Jarang senyum, lagi-lagi ketawa. Tu kalau dengan orang yang biasa-biasa dengan aku. Bukan keluarga atau kengkawan rapat. And aku tak rasa benda tu bonus, tapi yeah, kadang-kadang ia boleh jadi bonus jugak sebenarnya. So orang lain boleh tahu, yang aku ni bukan jenis huha huha punya orang or argh (tak tahu nak cakap cemana, tapi bukan jenis orang yang senang rapat dengan orang lain, geddit?).

Tu aku, dengan strangers. Dengan yang dah lama rapat? You guys better istighfar 😂

Tuesday, March 12, 2019

Body.

I just freaking cried last night and then fell asleep.

Benda simple je. Tapi ntah, aku sedih gila bapak. Sebab macam mana penat pun badan aku, macam mana banyak pun pengorbanan aku, end up aku tetap akan jadi ‘anak paling tak guna.’ Or ‘kakak paling tak guna’ which is I’ve got that before, once.

I am the one yang tak tahu buat apa-apa. Tak pernah tolong apa-apa. Et cetera et cetera. Aku je yang rasa aku ada tolong, tapi orang rasa tak. Aku je rasa badan aku penat, but orang lagi rasa penat.

Maybe my body is actually not mine. It’s theirs. Sebab mereka tak beri izin pun untuk aku berehat jadi yeah, mungkin aku tak ‘rasa’ pun penat tu. Mungkin tu semua mainan dalam kepala hotak aku.

And yang buat aku lagi sedih adalah bila aku pandang dia. God, aku tak tahu apa aku akan buat kalau dia tak ada. Aku tahan diri aku dari cakap apa-apa yang bakal mengguris hati siapa-siapa. Sebab aku tahu, kalau aku marah sangat, aku ada dia. Aku boleh cerita apa-apa. Kalau aku sedih, aku ada dia. Aku boleh cerita semua but heee, it takes time-lah.

I want my home.

Monday, March 11, 2019

Kelakar.

“Awak tak rasa kelakar ke? Bukan kelakar, pelik. Tapi kelakar jugak.”

Him : Apa yang kelakar?

“Kita.”

Him : Apa yang kelakar. Cakap habis-habis.

“Beza gila dulu dengan sekarang. Dulu kan kawan-kawan je.”

Him : Ohh, kawan...

“Okay, memang lah tak kawan, tapi time tu budak-budak kan. Bukannya tahu sangat. Dulu main-main je. Sekarang kan serious.”

Him : Saya tak rasa lain pun.

“Yelah, sebab awak..”

Him : Oh, salah sayalah ni?

God, aku tak salahkan dia or sesiapa pun.

“So, sebab perasaan awak tak berubah, awak serious dari dulu, sepatutnya awak lagi rasa benda ni kelakar lah.”

Him : Sebab?

“Sebab berbeza gila.”

“Bila saya pandang awak, saya bukan je nampak awak yang 24 sekarang. Tapi saya nampak budak yang 12 dulu.”

Him : Gilalah. Buruk gila. Sampai sekarang pulak tu buruk.

Aku cakap macam tu, macam tu dia boleh balas???
God, tak ada orang pernah bagi tahu dia how good looking-nya dia tu?
Even kawan? Or stranger? Cause yes, he is!

Aku nampak 12 dia yang dulu, but still, banyak benda or kenangan yang aku tak boleh recall. This is so frustrating sebab I really want to ingat semua benda but jeez, I can’t :(

Friday, March 8, 2019

Change.

“I’m only one call away...”

But, no. I don’t want to be you guys’ ‘one call away.’ I want to be your ‘one step away.’

Semuanya dah berubah dalam masa lebih kurang tiga bulan ni. I am happy, really, I am.
Kalau meroyan sebab rindu tu benda biasa. Sometimes, benda macam tu kita tak boleh kawal.
And we’re just gonna let it all out, even benda tu stupid. But rindu, is not stupid. For now lah.

Aku mula sedar benda ni semalam, bila I really got time untuk dengar video yang Aten hantar, and reply on the spot whatsapp yang Aten bagi. Aku sedar yang aku.. I really miss err.. her. Dengar cerita dia pasal crush yang tak pernah habis. Benda tu kadang buat aku sakit otak sebab otak aku kena kerja lebih sikit untuk bagi dia jawapan or penyelesaian yang kadang susah, tapi tu, tu kitorang. Itulah kitorang.

Aku lupa yang dulu sebelum aku ada ‘dia’, cerita dari Aten and Syawa and kengkadang Khazmeen lah yang aku tunggu-tunggu. Cerita yang dapat hilangkan bosan dari kehidupan aku yang membosankan dengan aku yang memang serba bosan ni. Cerita diorang, and diorang sendiri-lah yang buat hidup aku ni ada warna sikit (selebihnya buku).

But dang, Aten. She’s sooo memahami. Sebab kadang I got no time for her but dia chill. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana but Aten, if you ever read this nanti, ketahuilah yang kau still boleh cerita dekat aku apa-apa pun, TAPI, aku akan ambil masa untuk balas. Sorry for that, tapi aku kasi tahu awal-awal ni tau.

I reaaaaallyyy miss them. Aku harap rumah kitorang sebelah-sebelah je so tetiap petang lepas balik kerja, kitorang boleh lepak depan rumah cerita pasal hari masing-masing. Okay, over. Over gila aku. Takde lah sampai hari-hari. And tak perlulah sampai rumah sebelah-sebelah. Tapi aku nak ada dekat, yang diorang boleh dengan mudahnya reach aku. Dengan mudahnya boleh jumpa muka terus, no need to whatsapp, IM, DM or whatever. Kan best kalau macam tu?

Dengan mudahnya boleh lepak waktu weekend, or have lunch sama-sama on lunch hour. Kan best kalau macam tu?

People come and go, you know. But Aten, even kadang dia memang serabut, but I want her to stay in my life. Even kadang aku tak ada masa untuk dia. Or aku tak ada masa dia perlukan aku. I’m sorry for that, really. People change. And I know I am changing. But she knows that I’m change for good. And thank you. Thank you for your understanding.

I wish all my friends to be happy. Because they deserve all the love and happiness in the world.
Especially you, Aten. Thank you for being there whenever I need you. Dulu, now and selamanya.

Wednesday, March 6, 2019

Dear self.

Thank you, dear self, sebab bertahan selama ini.
Walaupun kadang empunya diri membenci.

Dia buat lagi. Dia buat aku jatuh— lagi, lagi dan lagi. Benda ni orang akan nampak simple macam “lah, tu je?” but for me- no. Love is about all the little things. But this, aku tak rasa ni benda kecik pun. But still, love is about everything. Bukan setakat bila kau ucap “I love you”, bukan setakat bila kau pesan “jaga diri.” Love— is more than that. More than you can imagine. At least, that’s what I thought right now.

Dear self,
untuk orang yang mengenali aku- aku yang dulu. Semua tahu yang aku adalah seorang yang mengajak kepada keamanan dan kecintaan kepada diri sendiri. Ayat yang selalu aku ulang-ulang adalah, “macam mana orang lain nak sayang kau kalau kau tak sayang diri sendiri?” atau “macam mana orang lain nak terima kau kalau kau tak terima diri sendiri?” Love yourself— aku jenis yang berpegang kepada itu.

Dulu. Sekurang-kurangnya.

Tapi kini, tidak lagi. Aku bukan jenis yang mengajak kepada ‘love yourself’ yang bodo-bodo dan tiada akhir tu. This is not a movie, this is a freaking real life. Di mana orang sanggup membunuh untuk dapatkan apa yang diorang nak. Dunia dah tak aman, apatah lagi diri sendiri. Selagi ada daya, bencilah semua benda kau korang nak benci, termasuk diri sendiri.

Opps, no. Lagi-lagi diri sendiri.

Aku pun tak perasan bila kalanya aku jadi benci sangat Nurul Izzaty ni. This body is not mine. This feeling is not real. Dan segala jadah haram lagi benda yang ada dalam kepala aku. Mungkin, atau actually it is berlaku when I was thrown like a shit.

This feeling WAS real, tapi kenapa manusia boleh berkelakuan seperti itu?
Because I am not good enough. Always and still and will never be good enough. To anyone pun.
Because I deserve that. I deserve to be treated like a shit.
Etc etc etc

BUT

Yes, akhirnya. Perkataan ‘tapi’ tu seakan magik. Apa yang aku bebelkan dekat atas tu seakan tak ada erti sebab akhirnya, aku keluarkan perkataan magik itu.

TAPI,

berperasaan macam diri sendiri tak guna dan tiada nilai tu terhakis sedikit demi sedikit— sejak adanya dia. Ya, tu aku tak tipu. Aku tidak lagi rasa nak mati setiap hari. Aku tidak lagi harap yang hari ini adalah hari aku pergi setiap pagi. Aku tak perlu lagi rancang cara bunuh diri paling tak berdosa lagi.

Aku nak hidup. Hidup sehidup-hidupnya, dengan dia.

But still, aku masih tak suka Nurul Izzaty. But at least, tak benci. Just tak suka.
Benci tu dah tak ada pun sebab dia suka aku. So, aku rasa aku perlu suka apa yang dia suka.
So here I am today, menyukai diri sendiri. Dan masih akan terus belajar untuk tidak being a jerk towards myself.

Sunday, March 3, 2019

Asdfghjkl

Shit shit shit.

Aku kena stop bodooooo scroll semua benda.
Karang aku jadi gila.
Karang aku meroyan.
Karang aku menangis macam orang tak betul 😂

Haih, benda macam ni pun boleh buat kau menangis kan sekarang?
Lemah!

Only.

Bila dia busy and aku free, apa yang aku buat?

Benda paling common sekali mestilah scroll Twitter and Instagram. Bukak yang ni, tutup yang tu. Bukak yang tu, tutup yang ni. Ataupun main game Cafeland tu. Ataupun tengok tv. Ataupun watch Netflix yang berlambak movie tapi tak habis tengok lagi. Ataupun... ini. Update blog.

Ataupun, scroll conversation lama. Ni. Memang. Benda. Yang. Paling. Aku. Selalu. Buat. Ha. Ha. Ha.
(Lepas tu sendu) lol

19 Februari 2019, dia cuti seminggu. So memang ada kat rumah je, aku je kerja ulang alik Rumbia - Hopital Besar Melaka. Then pagi tu, aku ada quote satu tweet pasal bomboloni (?), cakap yang aku “Nakkkkk”, lebih kurang macam tu lah. Tak lama lepas tu, masa rehat, dia whatsapp cakap pasal tu. Aku pun em, pelik. Macam... apasal semua benda yang aku fikir or actually tweet, dia tahu? Padahal aku tak pernah bagi tahu pun tweethandle aku.

Tapi, dia boleh je cari sebab tweethandle aku dengan insta sama je, so tak susah mana pun. Tapi, awal-awal dulu pun dia dah cakap dia tak tahu. Sampai bergaduh terux dua tiga kali jugak lah pasal benda ni so aku give up, malas dah. Tahu? Okay. Tak tahu? Pun okay. But at least kalau betul tahu, bagi tahu jelah. Kenapa kena sorok-sorok, kan?

Okay, done part tu. Bukan tu yang aku nak share sebenarnya. Aku sebenarnya nak share, macam mana aku boleh berkali-kali tanya soalan ini pada diri sendiri. “What did I do to deserve this guy?” This.

Nak dijadikan cerita, dia belikan. And nanti dia baru hantar rumah. So, nak dijadikan cerita jugak, aku tertidur. Lagi gila bapak nak dijadikan cerita, aku TER-SILENT phone sendiri. Kau boleh bayangkan tak? Dia nak hantar makanan, aku tertidur, then phone aku silent.

Aku tak tahu sebodoh mana lagi aku boleh jadi. Ni antara tahap paling maksima aku punya bodoh. Memang tak boleh nak bincang dah. Memang sangat bodoh.

But he was cool. Sangat. I thought dia akan marah, sebab dia baru sudah buat kabinet dapur rumah nenek dia. Then, terus singgah rumah aku nak hantar bomboloni tu. Pastu aku pulak boleh tidur, dengan phone silent. Dia call banyak kali memang sumpahlah tak bangun. Vibrate pun off.


I was unconditionally and irrevocably in love with him.

So, nak dijadikan cerita (lagi), one of my friend  screenshot tweet aku tu and post dekat group. Sebab lepas dia hantar tu, aku tweet “baru cakap pagi tadi, terus dapat” lebih kurang cemtu. But then... one of the group  member reply “awal lagi hiks.”

Tak, aku bukan nak cerita yang aku terasa ke apa. No. Yang ni, cerita lain pulak. And aku malas nak elaborate. Kalau aku rajin, see ya next entry. Kalau tak, halalan toyyiban.

Aku just harap, apa yang dia buat hari ini, apa yang dia rasa hari ini, akan kekal— sampai bila-bila. Maksud aku tak ada lah sampai hari-hari nak kena hantar bomboloni (the food’s name is so funny kan? 😂), just.. stay. Stay the same. Kenapa dia nak hantar jugak bomboloni tu? Sebab dia tahu aku nak. And kenapa kalau aku nak, dia nak dapatkan jugak? Sebab dia sayang. And that’s it. Aku nak dia tetap sayang, sampai bila-bila. Jangan kurang, lebih tak apa.

And don’t get me wrong. Tak semestinya tunjuk kasih sayang tu dengan bagi something. Being there for me pun cukup. Which, dia memang tak pernah failed. So, thank you. Thank you for everything.

Ya, dari entry ni nampak macam dia je yang bagi semua, aku? Ya gais, aku duduk goyang kaki je, tak buat apa.

Entah. Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku ergh, tak tahu nak jelaskan macam mana pun sebenarnya. Ada untuk dia? Ada je. Melengkapi dia? Tu aku doubt. Macam mana kau nak melengkapi manusia yang memang dah lengkap?

Dia ada semua, dia tahu semua. Tapi tu lah, aku pun- haih. Mampu cakap thank you tapi tu pun kadang-kadang tak cakap. Tapi perasaan aku ni, sumpah tak belah bagi. Langsung. Untuk dia— sahaja.

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...