Basic RM 1200
Tolak KWSP Socso tinggallah RM 1082. 55
Tu kalau takde OT, kalau ada bolehlah capai 11++ or 12++.
Tapi tak pernah lagi 13++
PTPTN - RM 120.00
uMobile - RM 53.00
Wifi rumah - RM 73.15
Takaful - RM 150.00
Bagi mama - RM 100
TOTAL = RM 496.15
Sebelum ni ada bayar Netflix, tapi dah Aslam pi tukar letak kad dia, so dia pulak yang bayar. By the way, separuh gaji je dah habis bayar tu semua. Belum tambah minyak + makan lagi. Makanan Siska + Kiko dan belanja perubatan lagi. Tak termasuk belanja rumah lagi. Baki tinggal untuk diri sendiri pun takde. Nak beli sunscreen (sebab memang dah nak habis sangat, nak pakai pun kena goncang botol kuat-kuat) pun fikir 2-3 kali LOL
Simpan? Memang ada. Setiap RM 5 yang dapat memang tak guna. And duit RM 10 / RM 20 yang baru pun memang akan simpan. So bulan-bulan dapat simpan dalam tak lebih RM 100. Tu jelah yang ada.
Miskin tahap tempah baju uniform pun kena keluarkan KWSP RM 800 (keluar habis: max limit). Kau bayangkan??? Kalau nak simpan duit gaji baru nak tempah, memang sampai mampos pun tak tempah-tempah. Kalau nak terus bayar je, memang sebulan berpuasa tak buka-buka KAHKAH
Ni duit yang baru start nak simpan balik nak kena deposit masuk bank sebab nak servis kereta. Start simpan balik sebab yang simpan sebelum ni habis pakai buat tunang haritu HAHAH
Kesimpulannya, baik mati jelah dari jadi miskin.
Dah lah hodoh, bodoh. Miskin lagi. Nak kahwin tapi takde duit. Duit takde, wali takde. Ada bapak macam takde bapak. Apasal lah wujud manusia malang macam Nurul Izzaty binti ______ (tak letak nama bapak sebab bapak macam tak function).
Orang lain dengar or baca mesti orang lain marah sebab “tu kan bapak kau”, “takde dia, kau pun takde kat dunia ni.” Guess what? Aku tak mintak lahir pun ke atas dunia ini. At least, tidak dengan keadaan sebegini.
Kalau awal-awal tahu dapat nasib* macam ni, baik bunuh diri terjun buaian time kecik dulu LOL
*nasib yang dimaksudkan adalah nasib mendapat bapak yang sedemikian rupa. hodoh tidak termasuk dalam nasib yang malang kerana most of the time Nurul Izzaty can be pretty too. but bodoh is forever i guess.
Nak kahwin pun takde mood. Even henna, pelamin, baju semua dah save (buat rujukan). Rasa annoying sampai tukar wallpaper phone, lock and home screen. Acah-acah pakai quotes, for motivational purposes lah kononnya. Hari-hari serupa gampang jugak, sama je.
I am not living, I’m surviving.
No comments:
Post a Comment