Terima kasih, Aslam kerana telah banyak membantu seorang Nurul Izzaty yang serabut ini.
Saya tak akan lupakan hari ini; hari di mana saya tahu (actually saya lama dah tahu, but harini ketahuan itu lebih and baru rasa nak tulis) yang saya bakal bernikah dengan lelaki yang betul di saat yang tepat (In Sha Allah).
Saya ni bukanlah hamba Allah yang sangat patuh but so far, solat memang saya jaga-lah. Puasa apa tu semua. Aurat tu jaga, but sometimes ada-lah jugak terlepas.
Apa yang saya nak bagitahu kat sini adalah, saya bukan-lah baik sangat. Tapi saya tahu yang Tuhan tu dah atur baik-baik hidup kita (berdasarkan apa yang kita pilih). And I’m so glad, that I choose you. I chose you. And I believe that Allah chose you for me too.
Saya berharap yang saya akan bersama-sama dengan awak dalam susah senang, tawa tangis, jatuh bangun, serta sihat dan sakit. Saya inginkan awak selamanya, kerana awak sangat baik.
Terima kasih untuk hari ini. Kerana sangat sabar melayan dan menyelesaikan masalah Nurul Izzaty. Yang memang akan sentiasa ada sebab biasa lah, Nurul Izzaty kan. Kalau tak ada masalah, dia yang pi cari masalah.
Terima kasih untuk kekuatan, kesabaran, ketenangan yang awak tunjukkan dan pinjamkan kepada saya. Tanpa awak, saya masih perempuan gila yang mendahulukan emosi dari segalanya (saya masih perempuan gila itu, cuma mungkin kurang sedikit. mungkin).
Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan awak semula. Semoga Tuhan ciptakan kita untuk bersama sampai akhir hayat di dunia dan sambung di akhirat. Saya ingin awak bukan semasa hayat saya di dunia yang sementara ini sahaja, tetapi juga di syurga Allah nanti (obviously after kita kena bakar dekat neraka). Because nobody’s perfect, kan? Saya bukan maksum.
I want you to know that I’m so glad that you’re here. I really love you, and I hope you will forever love me too.
No comments:
Post a Comment