So, aku baru balik kerja. Aslam terus ajak gi teman dia buat persiapan persembahan dengan kawan-kawan dia. Patutnya ramai, tapi sebab macam ramai tak dapat datang sebab ada dua orang tu accident, so sikit je yang boleh datang. Sorang lelaki (termasuk dia dua orang lah), dengan dua orang perempuan. Buat dekat rumah dia. Ibu, ayah, Hani tak ada. Pergi Selangor. Tapi dah otw balik.
Aku marah sebenarnya sebab dia reply whatsapp lambat sangat. Terus aku cakap nak tidur. Pastu dia bagi senarai pepanjang kena buat. And list nama orang yang tak dapat datang. Dia kata busy, sebab last minute. Okay, patutlah. Nak marah pun tak boleh. Terus dia ajak teman tu. Aku pun okay jelah.
Gi rumah dia, tengok orang lain pun dah sampai. Aku macam biasa, bukan reti beramah-tamah. So setakat senyum jelah. Diorang pun takde tanya apa. And aku tengok jelah diorang siapkan semua tu. And ada jugak tolong sikit-sikit (tolong hulur barang je ehek)
Pastu situ ada congkak. Budak perempuan lagi sorang tu (tak tahu nama sebab tak tanya) tengah susun guli. Pastu dia ajak Aslam main sekali. Aslam pun terus duduk bersila depan dia, susun guli sekali. Aku pun macam... what? Aku pun tak pernah main congkak dengan lelaki lain?? Apa masalah otak dia ni??? Kalau main Sahibba ke chess ke, boleh lah terima lagi. Ni congkak???? Suka betul dia berlaga-laga tangan dengan perempuan lain?????
Aku pandang je, tak cakap apa-apa. Pastu yang lain pun dah siap kerja and tetiba ibu, ayah, Hani dah balik. Diorang pun kemas-kemas barang sebab nak balik. Aku pun ambek beg, sebab nak lepak apa lagi kan. Tak sempat salam ibu sebab ibu kelam kabut masuk rumah, so takpe lah. Salam Hani jelah. Ayah tanya-tanya sikit pastu dah. Aku pun masuk kereta dengan Aslam.
Otw balik, lalu pasar malam. Ada perempuan apa ntah (bukan orang Malaysia), duduk tengah-tengah alam. Terus aku “excuse me, please stand aside!” kuat-kuat sebab yelah, kat pasar malam. Pastu mana tahu dia pekak, tak dengar kereta motor lalu lalang. Pastu Aslam, “huish, garangnya.” Aku pun jeling je.
Masuk kereta balik, aku tarik nafas panjang-panjang.
“Saya nak break.”
Aslam terkejut. Tapi aku tak pandang dia.
“Kenapa?” Tanya dia.
“Awak dah tak sayang orang.”
“Sayang.” Kata dia.
“Kalau macam ni yang awak cakap sayang, not enough.”
Dia diam.
“Saya selalu cakap kat diri sendiri, even sebelum jumpa awak. No, especially sebelum jumpa awak. Sebab orang yang saya jumpa semua tak guna. So saya cakap, I will never settle for less.”
Dia diam.
“And saya tak rasa awak sayangkan saya. So”-
“Tapi saya sayang awak, sayang sangat.”
Aku mengeluh. “Saya tak boleh macam ni dah. Saya taknak end up macam mama. Ada suami, macam tak ada. Besarkan anak-anak sengsorang. Saya taknak.”
Dia diam. Aku dah menangis.
“Saya nak balik.”
Dan dia hantar pulang.
Balik rumah, dia whatsapp. Aku rasa aku dah fikir sepanjang-panjangnya. Dia bukan budak-budak tak tahu fikir yang tak perlu kot nak main congkak dengan perempuan lain? And it’s not just that. Aku rasa aku dah kumpul segala bukti yang AKU RASA yang dia memang tak sayangkan aku. Or tak cukup, I don’t know.
“I love you.” Kata aku dalam whatsapp.
“I love you more. Awak baru lepas cakap nak break.”
“Yep. But I love you.”
Bangun tidur, rasa macam real nak mampos. Rasa nak tampar diri sendiri jugak sebab buat keputusan gila. Kau dah kenapa Izzaty?
Ya Allah, mimpi tu aku tak boleh kawal. Jap, aku ada cakap tak yang ni just mimpi je tadi? Oh, tak eh. Okay sorry. So cerita kat atas ni semua mimpi je. Tapi macam real nak mampos. Bangun tidur rasa macam berat je dada. Apa yang aku dah buat ni?
No, I don’t want life without you 😭
Tapi janganlah main congkak dengan perempuan lain 😭
**I don’t want a life without you
ReplyDelete