Friday, October 23, 2020

Thought it was easy, but it’s not.

So, aku baru balik kerja. Aslam terus ajak gi teman dia buat persiapan persembahan dengan kawan-kawan dia. Patutnya ramai, tapi sebab macam ramai tak dapat datang sebab ada dua orang tu accident, so sikit je yang boleh datang. Sorang lelaki (termasuk dia dua orang lah), dengan dua orang perempuan. Buat dekat rumah dia. Ibu, ayah, Hani tak ada. Pergi Selangor. Tapi dah otw balik.

Aku marah sebenarnya sebab dia reply whatsapp lambat sangat. Terus aku cakap nak tidur. Pastu dia bagi senarai pepanjang kena buat. And list nama orang yang tak dapat datang. Dia kata busy, sebab last minute. Okay, patutlah. Nak marah pun tak boleh. Terus dia ajak teman tu. Aku pun okay jelah.

Gi rumah dia, tengok orang lain pun dah sampai. Aku macam biasa, bukan reti beramah-tamah. So setakat senyum jelah. Diorang pun takde tanya apa. And aku tengok jelah diorang siapkan semua tu. And ada jugak tolong sikit-sikit (tolong hulur barang je ehek)

Pastu situ ada congkak. Budak perempuan lagi sorang tu (tak tahu nama sebab tak tanya) tengah susun guli. Pastu dia ajak Aslam main sekali. Aslam pun terus duduk bersila depan dia, susun guli sekali. Aku pun macam... what? Aku pun tak pernah main congkak dengan lelaki lain?? Apa masalah otak dia ni??? Kalau main Sahibba ke chess ke, boleh lah terima lagi. Ni congkak???? Suka betul dia berlaga-laga tangan dengan perempuan lain?????

Aku pandang je, tak cakap apa-apa. Pastu yang lain pun dah siap kerja and tetiba ibu, ayah, Hani dah balik. Diorang pun kemas-kemas barang sebab nak balik. Aku pun ambek beg, sebab nak lepak apa lagi kan. Tak sempat salam ibu sebab ibu kelam kabut masuk rumah, so takpe lah. Salam Hani jelah. Ayah tanya-tanya sikit pastu dah. Aku pun masuk kereta dengan Aslam.

Otw balik, lalu pasar malam. Ada perempuan apa ntah (bukan orang Malaysia), duduk tengah-tengah alam. Terus aku “excuse me, please stand aside!” kuat-kuat sebab yelah, kat pasar malam. Pastu mana tahu dia pekak, tak dengar kereta motor lalu lalang. Pastu Aslam, “huish, garangnya.” Aku pun jeling je.

Masuk kereta balik, aku tarik nafas panjang-panjang.

“Saya nak break.”

Aslam terkejut. Tapi aku tak pandang dia.

“Kenapa?” Tanya dia.

“Awak dah tak sayang orang.”

“Sayang.” Kata dia.

“Kalau macam ni yang awak cakap sayang, not enough.”

Dia diam.

“Saya selalu cakap kat diri sendiri, even sebelum jumpa awak. No, especially sebelum jumpa awak. Sebab orang yang saya jumpa semua tak guna. So saya cakap, I will never settle for less.”

Dia diam.

“And saya tak rasa awak sayangkan saya. So”-

“Tapi saya sayang awak, sayang sangat.”

Aku mengeluh. “Saya tak boleh macam ni dah. Saya taknak end up macam mama. Ada suami, macam tak ada. Besarkan anak-anak sengsorang. Saya taknak.”

Dia diam. Aku dah menangis.

“Saya nak balik.”

Dan dia hantar pulang.

Balik rumah, dia whatsapp. Aku rasa aku dah fikir sepanjang-panjangnya. Dia bukan budak-budak tak tahu fikir yang tak perlu kot nak main congkak dengan perempuan lain? And it’s not just that. Aku rasa aku dah kumpul segala bukti yang AKU RASA yang dia memang tak sayangkan aku. Or tak cukup, I don’t know.

“I love you.” Kata aku dalam whatsapp.

“I love you more. Awak baru lepas cakap nak break.”

“Yep. But I love you.”

Bangun tidur, rasa macam real nak mampos. Rasa nak tampar diri sendiri jugak sebab buat keputusan gila. Kau dah kenapa Izzaty?

Ya Allah, mimpi tu aku tak boleh kawal. Jap, aku ada cakap tak yang ni just mimpi je tadi? Oh, tak eh. Okay sorry. So cerita kat atas ni semua mimpi je. Tapi macam real nak mampos. Bangun tidur rasa macam berat je dada. Apa yang aku dah buat ni?

No, I don’t want life without you 😭

Tapi janganlah main congkak dengan perempuan lain 😭

Wednesday, October 21, 2020

Thought so.

Aslam tiba-tiba minta maaf pasal kes haritu. I don’t know, I never told him. Never share about it here too.

Baca balik entry ‘that day’, dan aku menangis lagi. Patutlah, memang sakit sangat. Masih terasa kesialan yang hari itu sampai ke hari ini. Hanya dengan membaca, perasaan seakan sama. Rasa macam hari ini baru jadi.

Tapi aku okay je. Kalau tak okay pun, hidup kena teruskan jugak. Like... kena? Kenapa kita tak boleh nak decide kalau kita dah taknak hidup dah? Sebab teruk sangat ke keputusan tu? Macam mana kalau kita memang dah tak larat, hidup pun tak ada makna, diri pun tak ada guna + tak ada harga. Tetap tak boleh ke?

Sakitnya. Tapi tak tahu sakit kat mana. At least kalau tahu, boleh urut-urut sikit. Letak ubat, sapu-sapu. Lega. Masalahnya sakit tak tahu kat mana. Kat otak ke, kat hati ke, kat jiwa ke (tak sama ke?)

Penatlah hidup. Kerja baru berapa hari dah kuarantin. Ada-lah hikmah haritu pergi deposit duit tabung. Tapi tu lah, bukan ini kegunaannya. Entahlah, fikir-fikir balik memang sial jugak hidup aku sekarang ni.

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.

Ingat, ada orang sayang. But everytime I think about it, I cry. Because I really don’t know— who can actually love me. Like this.

Saturday, October 17, 2020

No matter.

No matter how much you love me,

how loud I can laugh,

how long I can smile,

deep down I know, I still hate me.


And no one, no one. No one can do anything about it. 

It’s just me.

Thursday, October 15, 2020

Wednesday, October 14, 2020

This is not the end.

Frustrated. Rasa tak guna. Hodoh. Buruk. Syok sendiri. Bertepuk sebelah tangan. Itu yang aku rasa.

Sebab kalau aku tak whatsapp dulu tanya tengah buat apa, dia pun tak offer nak datang untuk jumpa kejap. So aku cuma jawab, “tak payah.”

Beberapa minit selepas mengenang nasib macam tu, dapat call dari mama. “Mama positif, kakak.” Beritahu mama dengan suara pecah. Mata aku terus berkaca. Gampang. Gampangnya hidup aku hari ini. Terus aku bayangkan macam mana hidup aku tanpa dia. No, I can’t. I just can’t. She have to live. Because imagine her not here was so... unreal. And I can’t take it. Maybe I’ll never be.

Masuk kereta, terus call Aslam. Bagitahu dia yang mama positif. And I’m not interested to share what he said and what I felt here.

Balik rumah rasa macam perjalanan jauh sangat. Tangan rasa sejuk. Sepatutnya rasa panas bahang satu badan sebab bawak Kenari tak ada air-cond, tak boleh bukak tingkap. Tapi yang aku rasa semua sejuk.

Masuk rumah tengok mama tengah berkemas. Settle kan apa yang patut dulu apa semua. Then terfikir nak call ayah. Perlu call sebab dia perlu tahu. Dan tak sangka pula yang aku dapat hanya sakit jiwa. “Ayah doakan mama diberikan kesembuhan.”

Selang beberapa jam dia call pulak. Tapi aku tengah mandi kot, so tak dapat angkat. Dia call Kak Teh. Beritahu yang kalau semua kuarantin nanti dah selesai, datang lawat dia. And cakap terima kasih dengan Mama Rosnah sebab jaga dia selama ni. Cakap terima kasih juga bagi pihak mama sebab jagakan suami dia selama ni.

Aku. Tak. Pernah. Nak. Cerita. Pasal. Keluarga. Dekat. Sini. At least, not directly. Tapi ini, macam sial. Sial. Sial. Hidup aku jadi sial sebab hadap perangai bodoh macam ni dari kecik. Even rasa hidup dah macam anak yatim start umur 12 tahun, tapi tak sangka pulak perangai sial dia ni tak boleh ubah.

Yang masuk ward tu, mak aku. Yang bagi makan minum, pakai, tempat tinggal dekat aku, adik-beradik dari kecik sampai ke besar badak macam ni. Tanggungjawab emgkau, dia yang galas. Tanggungjawab kau, kelaut. Yang tahu, balik, tanya tak masak ke tak. Padahal dia kerja, bagi kelengkapaln dekat anak-anak. Yang kau bagi apa? Bagi sial. Bagi sial tak sudah-sudah.

Hidup sial. Semua sial. Masih sihat tak terfikir pasal tanggungjawab sendiri, tak peduli isteri bersepah, anak bersepah. Bila sakit, tak boleh jalan, terbaring terlantar, sebok tuntut tanggungjawab anak.

RASAKAN APA YANG KAU BUAT DEKAT KITORANG DARI KECIK LAH!!! RASA!!!

SEKURANG-KURANGNYA KAU MELAMBAK!
AKU, ADIK-ADIK AKU, ADA SATU BAPAK!
TU PUN ADA BAPAK MACAM TAK ADA BAPAK!

Hidup sial. Semua sial. Kalau tak boleh nak jaga anak, tak mampu, APASAL KAU TAK CEKIK JE AKU SAMPAI MAMPOS LEPAS AKU LAHIR DULU?!

TAK PAYAH LAH AKU HADAP HIDUP SIAL MACAM NI. SIAL SIAL SIAL!

Sunday, October 4, 2020

Si sengal yang rindu.

My ayang dah tidur tapi I tak tidur lagi. Baru habis tengok cerita hindustan. Tadi time tengah tengok tetiba rindu so I pause kejap movie, then scroll conversation.

Cari voice nyanyi yang dia pernah hantar dulu. Gigih gila cari sampai yang tahun lepas punya lol. Sebab sekarang tak banyak dapat, my ayang pun busy kerja. Tak ada masa nak record nyanyi lain.

Pastu rindu. Nampak tak tahap memgada tu cemana? Sengal.

Thursday, October 1, 2020

Off.

A litte bit off today. Kidding, I’m a whole of off today (is that even a word??)


1. Kerja macam gampang

2. 

3. Serabut cari kerja lain


Tapi satu yang aku kagum dengan diri sendiri adalah (bodo je kagum), aku tak menyesal pun resign sebelum ni. Sebab apa? Sebab memang aku nak. And aku yakin dan pasti yang there’s no go back for me. Even dapat tempat baru yang lagi camgampang, aku tak rasa rugi berhenti pun. Sebab memang aku deserve untuk berhenti sebab aku deserve better.


Idk berapa harga sebentuk cincin. Yang aku tahu, mahal. Beberapa malam lepas aku dah search macam-macam, dari Mr. Google sampai lah ke Cik Twitter, dan aku dah sebulat suara se-otak yang pelamin mini, henna putih dan make up adalah tidak perlu.


Satu, sebab mahal.

Silap, tu jatuh nombor dua sebab bila fikir balik semasak-masaknya, benda tu macam distract tujuan asal dua keluarga bertemu nanti. Dah lah first time semua jumpa, nak kenal-kenal, bincang apa yang patut. Pastu macam ntah hapa-hapa je kalau nak berpelamin bagai, macam ntah. Tak sesuai. Tu yang aku fikir selepas baca semua perkongsian dari orang lain.


So, semoga 13 orang kawan aku yang tersenarai tu dapat hadir. Family sendiri pun semua dah 20 orang. Sedara mara rasanya tak ada yang boleh datang sebab semua jauh. Jiran-jiran sikit, belah lelaki sikit. So bolehlah. Apa-apa pun yang penting objektif tercapai.


Ingat 2020 which is my year dah boleh kahwin. Sekarang baru terkial-kial nak tunang. Tu pun hujung tahun 2020. So 2021, kalau tak kahwin jugak sis merajuk. Tapi tahun 2022 macam nice jugak kan? Ahakz


Tak dapat tarikh 20/12/20 nanti pun nak merajuk. Postpone bulan dua tahun depan!

Limited edition.

Rasa macam banyak tangkap gambar hari ini, tapi tak pulak. Rasa macam banyak benda nak cerita, tapi (___) pulak. Bukan malas, just rasa macam... should I??? Maybe I should sebab this is my page, so it’s up to me lah nak cerita ke tak. Tapi kan, bila dah lama-lama, rasa macam... nah. I don’t want to share.


I don’t want to share you with the world. Taknak share selfie dengan awak, taknak share video kelakar awak. Because you’re sooooo freaking special, to me. Only me.


Bukan sebab taknak orang lain jatuh hati dekat kekasih hati sendiri jugak (ada sikit like 15% cemtu??), tapi..... ntah. Taknak. You’re special to me. Yang akan play video tu ulang-ulang pun aku, bukan orang lain. So nak share buat apa? Kan? Dah tua-tua ni baru rasa nak limit-kan manusia yang boleh tahu serba-serbi pasal hidup aku (eceh, padahal dari dulu memang dah limit dah).


You’re so special. What we have also special. Limited edition. And I don’t think I want to share this part of my life with the world— or actually, my instagrams’ followers.

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...