Sunday, March 1, 2020

blessed 😇

Banyaknya benda nak cerita, malangnya tak ada masa dan idea nak karang semua.

Jumaat, 28 Februari 2020.
Boleh dikatakan hari malang. Tapi nasib aku tak semalamg orang yang jadi mangsa. Ya, dah lima tahun bawak kereta, baru hari tu aku langgar orang. Sebab langgar? Sebab tak nampak lah. Takkan aku bodoh + gila nak langgar orang kalau aku nampak?? Soalan tak masuk akal langsung. Kalau soalan “macam mana boleh langgar” yes, tu aku boleh jawab. Tapi kalau soalan “kenapa langgar???” (even soalan tu lebih kurang but the intonasi dalam kepala otak aku ni lain maciam), kau jawab jelah sendiri. Ye, memang aku letak pakcik tu tepi jalan pastu aku sengaja langgar sebab aku kan bodoh, takde otak. Jawpaan macam tu ke yang diharapkan wahai anak-anak sekalian?

First thing first, aku bawak mangsa pergi hospital. Aku tak call sesiapa, tak whatsapp sesiapa. Ops, aku call majikan aku cakap aku tak dapat masuk kerja harini sebab accident. Sampai hospital, hanis urus pendaftaran semua, baru aku whatsapp Aslam cakap aku langgar orang. Aku malas nak call sebab aku tahu dia tengah kerja. Busy kot, pagi lagi kan. Lagipun aku boleh handle lagi. Masih boleh. Harapnya boleh.

Soalan pertama : Awak okay tak?
Aku cakap aku okay and dia terus call. Cerita sikit, then letak. Tak lama lepas tu dia whatsapp, tanya nak dia datang ke tak. Aku cakap tak apa, even aku nakkkkk sangat someone teman aku kat sini. Seram, bodo. Dah lah langgar orang. Kena tibai dengan family dia nanti, mampos aku. Menangis aku tepi emergency room.

I said “tak apa” tapi dia terus “jap lagi saya datang.” Rasa nak nangis kat situ jugak hahaha haih, macam mana lah aku boleh langgar orang. Again, mengeluh. Maki diri sendiri sebab bodoh.

Dia sampai, then tunggu kejap. Main game. Pastu gerak. Aku balik klinik nak solat zohor, dia gi masjid solat Jumaat. Assist satu kes, pastu turun balik. Dia bawak pergi balai, report polis. Nak dijadikan cerita, lesen memandu aku dah expired bulan 12 haritu. Bodoh, bodoh, bodoh. Serious bodoh gila. Aku tak tahu berapa tinggi tahap bodoh aku but this is, that time, memang paling tinggi gila babi.

Aslam bawak aku pergi pos laju nak renew lesen. Dia gelak je dengan kebodohan aku. Tetiba aku rasa nak tanya.

“Saya dah langgar orang ni awak sayang saya lagi tak?”

Dia gelak pastu kata soalan aku mengarut. Renew lesen dalam 5 mins je macam tu, then naik kerta balik. Aku tanya lagi soalan tadi. Tak puas hari tak dapat jawapan.

“Sayanggggg.”

Ehek, thank you!

Habis buat report, jumpa pegawai penyiasat, then gi hospital balik. Hantar mangsa tadi ke rumah dia. Hulur sikit duit buat makan lepas dia mintak. Tapi kalau dia tak mintak pun, memang aku niat nak hulur duit sikit. Cuma bila dia mintak, keadaan jadi awkward hahaha. Tapi takpe lah pakcik, halal. Salah saya jugak. Bukan sikit sakit kena langgar tu. Maafkan saya ya.

Then Aslam hantar aku balik klinik and dia pun balik tempat kerja dia semula.

Balik kerja, keluar gi pasar malam. Aku rasa nak tanya...


Me : Kenapa awak baik sangat dengan saya?

“Baik?”

Me : Aah. Kenapa awak nak datang tolong settle semua benda harini?

“Sebab saya rasa saya kena buat. Rasa perlu. Tanggungjawab.”

Me : Okay. Boyfriend orang lain pun baik macam ni ke?

“Tak tahu. Tapi tu common sense.”

Me : Okay.


Lepas jadi macam ni, and semua pertolongan dia pada hari tersebut, aku rasa...

WOW, IZZATY! UNGRATEFUL NYA YOU BILA TIBA WAKTU BUAT PERANGAI! ORANG TU KEMAIN BAIK DENGAN KAU, YANG KAU LAYAN BODO BODO ALANG JE KAN!

But actually, tak ada niat pun. Benda tu, automatic. Rasa diabaikan, kita merajuk lah sikit. Tapi bukan abaikan apa pun. Dia tertidur lama sikit je. Tu pun nak merajuk. Perempuan gila.

I am so freaking grateful for having you in my life, Aslam.
Please stay sampai mampos dengan I okay 🥺

No comments:

Post a Comment

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...