Wednesday, August 21, 2019

Stfu

They say “father is daughter’s first love.”
And I think that’s true.
But they don’t know, that was my first heart break too.

Malam tadi aku tak ada mimpikan dia. Thank God sebab aku tak rasa aku nak dia jadi orang pertama yang aku fikir waktu aku bangun dari tidur. Aku mungkin akan sedih bila baca entry ini akan datang nanti (MUNGKIN), but setidaknya biar aku rasa lega untuk saat ini.

Hidup aku smooth (untuk saat ini) sejak tak ada dia. Selain dari kadang-kadang masam muka dengan mama or Kak Ngah, everything’s fine. Or actually, sangat fine kalau nak dibandingkan dengan masa dia ada sebelum ni.

Dan adakah aku sangat jahat kalau aku nak doa, biar kami begini saja sampai bila-bila?
Biar kami begini saja, tak ada dia?

Kelakar. Manusia tu masih lagi hidup. Tapi sebenarnya dia dah lama ‘mati.’ Aku dah hilang dia lama dulu, bukan baru tahun ni. Aku dah hilang dia sejak dia bungkus pakaian masuk plastik. Sejak dia kata “mama kerja, abaikan dia.” Sejak dia duduk di meja makan main telefon tak angkat muka.

Aku hilang dia sejak dulu lagi. Bukan baru tahun ni.

Dan kalau Tuhan gerakkan hati dia untuk sedar dan berubah,
aku mohon, jangan kembalikan dia pada kami.

Aku tak mahu dia lagi.

No comments:

Post a Comment

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...