Sunday, April 28, 2019

You #2

Another day to remember!

So, semalam. Ada Batik Fun Walk dengan Taman Botanikal and start pukul tujuh tapi biasalah Melayu, mesti datang lambat punya. Tapi benda pun tak start lagi, so kita chill-chill dulu.

Then gi sarapan roti canai dekat... idk apa nama tempat dia so kita skip this part. Time sarapan tu cari gak seat nak tengok wayang cerita Avenger : End Game tapi semua penuh dohhhhh. Tinggal dua rows seat paling depan which is yang paling dekat dengan screen. Tak ke lenguh kepala nanti nak mendongak je kerja???

Pastu gi kedai gitar dia, then pusing-pusing jap pastu balik. Eh tapi sebelum tu, kitorang singgah pasar malam beli kebab roti yang sedap gila bapakkkkk 😂😭 Ingatkan balik dari keluar lagi sekali tu nak balik, tapi sebab lupa and agak rush jugak, so tak beli.

Oh, balik yang ni tak terus balik ya anak-anak. Balik rehat jap, tukar baju, mandi, solat apa semua, then keluar balik pergi UTC bertemankan Kak Ngah sebab nak renew road tax kereta and bayar bil semua.

Bertemankan Kak Ngah, so apa lagi. Memang pung pang kena maki. Selamba bodo je dia cakap cakap aku dengan baby I sama-sama bodo 😂😭 Bongok gila. Tapi baby I okay je, so okay lah.

Tidak lupa jugak waktu dak Kak Ngah ungkit balik hal si syaiton tu, maki macam-macam cakap acah-acah pak ostad lah apa benda semua. Aku biasa je. Benda dah tak ada kesan dah. So, abaikan.

Then pergi makan Burger Special D’Ribut. Sebelum tu, baby I ambek Hani dulu kat rumah, then singgah rumah pick kitorang then gerak gi sana. Makan-makan-makan, then balik.

Ni semua ringkasan je sebenarnya. Ringkas sangat, actually. And tak cerita secara details pun. Sebab kalau cerita, panjang dia nanti sampai boleh buat novel hahaha

Tidak lupa juga kepada setiap saat yang aku pandang dia tiba-tiba and tengok dia lama-lama and thinking, “WTF WHY I’M SO IN LOVE WITH THIS GUY 😭😍🥰”

Alaaa, sayangnya. Penatlah nak sayang, tapi penat-penat pun nak sayang jugak. Tak boleh tak sayang. Faham tak, aku dah tak boleh describe dah macam mana dah perasaan aku ni 😂

Tuesday, April 23, 2019

Silence.

I’m not gonna cry (jk, mata I dah berkaca gais)

So yeah, macam biasa. Malam kita diakhiri dengan menatap wajahnya. Just... wait a second. Sam Claflin lah! Tu lah, dia dah tutup lampu awal-awal. So, welcome to my dream nanti eh Sam (yek).

On the way nak habiskan semua cerita Marvel sebab hari Rabu nanti nak keluar End Game, tapi aku pergi gedik tengok If I Stay pastu menangis macam orang mati laki. Pastu sambung habiskan Doctor Strange then tengok pulak Love, Rosie, so...we don’t talk much malam ni.

But that’s.. that was okay. Benda ni buat aku teringat waktu on the way balik Melaka masa pergi ambek Chichi Si Penyebok tu, kitorang dua diam je. And that.. was okay. Faham tak apa yang aku nak sampaikan?

Bila kita tak ada apa nak cakap, kita boleh diam. But diam with you, is okay. Semuanya okay. Tak perlu perah kepala fikir nak sembang topik apa sebab kalau tak ada apa, kita okay. Asal awak ada, than that’s enough.

Good night, baby. I love you.

Monday, April 22, 2019

The #1

The Alright Side of Izzaty.

Ketahuilah waktu sedang menulis ini, minda dan perasaan aku benar-benar dalam keadaan tenang dan tenteram.

Kerana sesungguhnya, aku memang nak kongsikan the alright side of me.

Pernah tak korang jumpa dengan someone ni, like baru beberapa minggu or hari, then it feels like korang dah kenal dia for life?

Then pernah tak korang rasa keselesaan macam bila waktu hujan, korang duduk dalam selimut tebal, bertemankan kopi panas secawan?

Or pernah tak, ada orang buat kau marah or geram, and a split second after perasaan marah and geram tu, terus korang doa “God, please let him be mine!”

And pernah tak rasa, yang takkan ada jari lain yang boleh fit ruang di antara jari kau selain dari jari dia?

Takkan ada orang yang boleh buat kau nak hempuk dan peluk dia dalam masa yang sama?

Hidup kau yang dulu hanya hitam, putih dan kelabu,
kini dah ada warna.

Pernah rasa tak macam tu?

Dia bukan bagi butterflies je dalam perut,
he gave me the whole zoo.

The. Whole. Freaking. Zoo.

Are you guys gonna puke? 😂

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh kembali berperasaan. Atau kembali ingin berperasaan. Benda tu semua— tiba-tiba. Dia datang, kita kawan, rasa boleh go, kita go. Macam sekelip mata, seluruh hidup aku berubah 360 darjah.

Okay, over. 180 darjah would be nice. Just nice.

Kelakar, okay. Like... kelakar gila. Entah siapa yang keras macam batu dulu, entah siapa yang sanggup nak jadi andartu dulu, entah-lah.

You.

Aku tak tahu (dulu), dengan hanya memandang seseorang,
seluruh perasaan kau akan baik-baik saja.

Semua kesakitan yang kau pernah rasa (dulu),
bagai tiada makna.

I didn’t know it,
until I met you.

Sunday, April 21, 2019

Sikit.

Thank God Nurul Izzaty semakin tabah, dewasa dan angkuh.
Jadi benda ‘kecik’ macam ni tidak lagi mengguris hati dan perasaannya. ‘Sikit.’

Thursday, April 18, 2019

Share.

Aku tak tahu kenapa aku berperangai kebudak-budakan sangat.

Tapi aku layak-kan untuk buat perangai macam tu???
Actually tak buat perangai pun (sebab tak tunjuk). I just... hergh. Ya, over. Okay, aku over.
Untuk kesekian kalinya, aku over. Lagi, lagi, dan lagi. Maybe takkan pernah berhenti.

Semalam tak ada, harini tak ada. So aku kena rasa macam mana?
Sebelum aku fikir aku nak rasa cemana, kita nangis jelah dulu.
Benda boleh nangis, takkan nak fikir? 😂

Tapi aku malas/tak rasa nak share sebab apa yang aku rasa ni, over je.
Tak ada apa pun. Benda memang problem diri sendiri. Benda boleh control, tapi taknak control. Ha, padanlah muka.

Aku malas/tak rasa nak share sebab aku tak rasa benda ni penting. Bakal menyerabutkan kepala hotak dia je. Sebab aku rasa, benda ni datang dari aku, so aku-lah yang kena deal sendiri.

At least, tu apa yang aku rasa-lah.

Aku over-thinking. Bila jadi macam tu, aku tak rasa dia sayang aku betul-betul pun. Semuanya memain je. Aku je yang over perasan dia sayang aku, padahal dia biasa je.

Ya, tu yang aku rasa. Over kan?

Aku fikir, kalau aku bagi tahu apa yang aku rasa (perasaan yang merepek-repek ni), dia akan bosan, akan muak. Sebab asyik nak kena jelaskan benda yang sama, berulang-ulang hanya untuk aku faham.

Aku terfikir jugak kalau...
Kalau satu hari nanti...
... dia...
... tak ada.

Apa yang akan jadi dengan aku?

Aku dah pun bayangkan diri aku macam zombie. Dan orang keliling yang pandang aku tak lebih dari memandang seorang mayat hidup.

In case kalau orang nak tahu apa benda yang aku boleh over-fikir; ya, ini. Ini semua.

Aku tak rasa dengan semua benda yang aku rasa ni, aku akan benci dia. Benci? Macam mustahil.
The only thing yang aku boleh benci sekarang adalah diri aku sendiri.

#7.something

You love me? You love me, no.

Wednesday, April 17, 2019

#7

Penatlah.
Setengah jam menangis serupa perempuan gila,
baik aku tidur je.

Tuesday, April 16, 2019

Grey.

Fuh.

Sayangkan seseorang perlu begini ya? Perlu 24/7 ingat dekat dia, perlu 25/7 (okay, over) berharap dia ada. Like... sentiasa ada.

Gosh, ya. Izzaty mula lagi.

I miss you, a lot. Bukan macam rindu yang jumpa kejap then kembali kepada kehidupan masing-masing (like right now).
Tapi rindu ni macam... macam tak boleh nak terangkan. Rasa macam nak drop off semua benda then blah, hidup dengan dia je. Sampai rasa macam tu.

Over ke? Patut ke aku rasa macam tu?

Ya, okay. Tak patut. Okay, baiklah. Aku tarik balik apa yang terlintas sekejap (lol, jk. lama je sebenarnya fikir pasal ni) dalam kepala hotak aku ni. Girl, please. Habiskan praktikal, habiskan belajar, kerja, kumpul duit sampai jadi kaya, then buatlah apa benda bodoh pun yang kau nak buat (harap-harap dah kaya nanti aku tak terfikir nak buat benda bodoh (kalau kaya-lah)).Mari kita kembali ke kehidupan milik Nurul Izzaty yang membosankan. Dengan Nurul Izzaty yang juga membosankan.

Hidup aku ada warna sebab dia je. Lain, semua kelabu. Kelam, hitam.

Legam.

Sunday, April 14, 2019

With you.

(kenapa everytime nak start tulis mesti kena menangis???)

Izzaty tidak lemah.

So, yeah. Another day, but same you, same me. Tak ada apa yang berubah, mungkin cuma perasaan aku. Oh, by the way semalam pergi Dengkil ambil Chichi Si Penyebok. Tapi okay jugak pergi ambek dia bawak balik Melaka, so then kalau baby I kat Dengkil nanti, time video call perhatian dia tak perlu berbagi antara aku dan Chichi. Bagus, kan? Hiks

Dia bawak pergi makan dekat nasi ayam penyet yang selalu dia pergi. Tak sia-sia jalan jejauh sebab memang sedap gilaaa. Ayam dia sedap, sambal pun sedap tapi tu lah, pedas. Dia sampai cakap aku macam ular sebab ter-sss sss time makan sambal tu (faham tak cemana bunyi sss sss tu??? kalau tak faham, buat-buat jelah faham).

Plan nak pergi Pantai Bagan Lalang tapi sebab jammed nak mampos, so kitorang make a u-turn dekat traffic light. Then bila masuk toll, tak habis lagi jammed yang lori terbalik tu. Tapi nasib baik jugak tak lama. Tak lama tapi all the way masa jammed tu telinga didendangkan dengan suara dia, so 🥰🥰🥰

I am so in love.

Tolonglah jangan rasa benda ni kelakar. Biarlah aku sorang je rasa benda ni kelakar.
Sumpah rasa macam kelakar gila sebab APASAL, APASAL AKU TAK BOLEH STOP FALLING IN LOVEEEEE WITH HIM?????

HEY, TOLONGLAH. RASA NAK HANTUK JE KEPALA DEKAT DINDING TAU (okay, over)

And by the way, dia handsome nak mampos pakai cap. And aku macam... I can’t take my eyes off of him (ya, memang lagu ni berdendang dalam hati aku waktu tu). Don’t get me wrong, dia handsome je macam mana-mana pun, tapi sebab aku jarang tengok dia pakai cap, so... yeah. Handsome gila. Gila nak mampos. Hey please, lah biar mata aku sorang je nampak dia handsome nak mampos, janganlah mata orang lain.

Then..... HAHAHAHAHAHAHAHA KANTOI BUSUK JE WAKTU DIA TANYA,
“Kenapa awak pandang saya macam teruja je?”

HAHAHAHAHAHAHAHAH MACAM BODOH OKAY, AKU TERUS PANDANG DEPAN, TAK PANDANG DIA DAH. YA ALLAH, IZZATY. TOLONGLAH ADA SEGAN SIKIT. MANA AKU NAK LETAK MUKA AKU, TAKKAN DALAM DASHBOARD KOTTT

Done that part (yang memalukan tu).

Balik Melaka, dia hantar Chichi Si Penyebok balik dulu. Then gerak pergi ‘Pantai Kita’ which is dia pun sebok nak guna nama tu padahal aku tak pernah cakap pun (yeke?). Time nak gerak balik, dia suruh drive sebab.....

Oh, nak gerak balik tu baru aku meroyan (takde lah meroyan pun) bagi tahu kenapa on the way balik dari Dengkil muka aku stress.

“Dengan kucing pun nak jealous?”

HELLO, MESTI OKAY. KALAU IKUTKAN HATI, DENGAN BAJU YANG AWAK PAKAI PUN SAYA NAK JEALOUS SEBAB BAJU TU LAGI DEKAT DENGAN AWAK, LAGI LAMA DENGAN AWAK. TAPI NASIB BAIK SAYA TAK GILA, SAMPAI DENGAN BAJU PUN NAK JEALOUS.
Okay fuh, I am so gila. Please jangan over.

“Nanti nak honeymoon dekat mana?”

Me : Wah, belum apa-apa lagi dah fikir nak honeymoon.

“Mestilah. So, nak kat mana?”

Me : Tak kisah, mana-mana pun okay. Tapi saya ada pernah bagi tahu nak kat mana, tapi awak tak ingat kot. Tapi takde lah saya straight cakap yang saya ‘NAK’ dekat situ, just cakap yang saya tak pernah pergi situ.

“Alaaa lupalah. Kat mana? Sabah? Sarawak?”

Me : Fraser Hill. Sabah Sarawak pun okay jugak.

“Kan? Nanti boleh je buat tour. Pergi Fraser Hill dulu, pastu Sabah Sarawak. Sana lawa jugak. Cheh, cakap macam banyak duit je kan. Time tu dah kerja, so bolehlah kot.”

Me : Okay, sayang. Mana-mana je. Asalkan sejuk 😂

“Nanti kita beli kereta auto eh?”

Me : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH okay. So, nak buat macam ni jugak?

“Eh, mestilah. Lebih lagi. Tinted kasi gelap, tak pun pasang langsir.”

😂😂😂😂😂




I remember how much I want to die back then,
but now all I just want is to live
with you.

Thursday, April 11, 2019

Padan.

Hahahahahahahahahahahahasdfghjkl

So, kita mulakan entry kita kali ini dengan gelak ketawa sebab...
Sebab kita buat perangai lagi gais 😂😭😭

Thank you. Terima kasih kerana jadi bodoh dengan jayanya.
Tanpa ada gagal walau sekali pun. Tahniah, Nurul Izzaty!

Okay, ringkasan. Aku nak bukak puasa then aku dah cakap lepas masak nak video call balik tapi bila aku call dia tak angkat pastu tetiba dia whatsapp and dia kata ‘makan dulu.’

MAKAN DULU?????
I WANT TO MAKAN DENGAN PANDANG YOU!!!

Okay, so. Aku pun okay jelah. Habis makan, main Siska jap. Nak main game, battery dah nak mati so gi mandi. Even sebelum tu cakap dengan dia malas nak mandi tapi alang-alang tengah cas phone sebab nanti nak sambung vc, aku pun gi jelah mandi.

But then..... dia whatsapp tanya kenapa lama sangat makan maggi 😂
Then dia call and terkejut tengok aku dah mandi sebab tadi cakap taknak mandi
And terus serious muka dia :(

“Orang tunggu dia.”
Okay and then terus rasa bersalah menyelubungi diri.

Chit chat chit chat, aku dah mengantuk gila.

“Saya ada soalan.”

Okay shoot.

“Selama kita bersama ni, pernah tak awak rasa marah dekat saya?”

“Time bila?”

“Tak.”

“Kenapa? Kita ni ada perasaan marah je ke?”

Second question.

“Sayang saya tak?”

Third.

“Rindu saya tak?”

Fourth. (Okay, by the way soalan-soalan yang dia bagi yang aku tulis kat sini tak ikut urutan sebab aku terlalu mengantuk untuk ingat mana satu yang dia tanya dulu, so yeah. Aku tulis ikut ingatan je hee)

“Awak nak kahwin bila?”

“Lepas saya kerjalah. Setahun macam tu.”

“Secepat mungkin.”

Next.

“Kalau awak marah, awak buat apa?”

Next.

“Ada tak benda yang awak takkan bagi tahu saya?”

Kelakar. Soalan pun benda yang takkan bagi tahu, so memang takkan bagi tahulah. Tapi.. em, ada ke? Benda tak penting and rasa macam tak perlu nak cerita takde lah aku nak bagi tahu.

Tapi.....

Okay, tu jelah kot.

By the way sebelum tidur semalam I said sorry.

“It’s okay.”

Aku pun tak tahu dia bebetul rasa benda tu okay atau dia malas nak layan aku 😂
Kalau malas nak layan pun, hm eloklah. Padan muka dekat diri sendiri!

Thank you, I love you.

Tuesday, April 9, 2019

Tetap.

Inhale. Exhale.

Sekali lagi, “I love you” masih tidak cukup untuk menyamai perasaan aku pada kamu.
Masih.
Tidak.
Cukup.

Aku jadi terfikir, benarkah perasaan yang sebelum-sebelum ni juga cinta, kerana..
ia sangat berbeza.

Atau sebenarnya yang berbeza di sini adalah engkau, the precious human being.

Aku tidak lagi mengeluh tentang perkara-perkara remeh seperti “mengapa jarak aku dan kamu terlalu jauh” atau “tidakkah aku boleh memelukmu sepanjang waktu” etc etc kerana bila kau pulang, kau kembali pada aku.

Tiada perkataan lagi. Tetapi perasaan aku akan tetap untuk kamu.

Sunday, April 7, 2019

Cringe.

I love you. Sorry kalau dah cakap banyak kali, but I.. really, love you.

“Eh sedih lagi?”
“Dah lah semalam saya buat awak sedih.”
“Yang saya cakap ‘kalau saya ni memilih, saya tak pilih awak’ tu.”
“Ya, memilih.”
“Saya pilih yang terbaik.”

I am not. Sorry but seriously, I am not the best.
Tapi, okay. Dia dah pilih so... haih
Aku serious tak ada benda pun nak cakap sebab tengah rindu nak mampos (ya, even baru lepas jumpa pun).
I am super freaking clingy just tak tunjuk je. And super duper cry baby err and tu pun tak berapa nak tunjuk.

Why can’t I just hold you longer, or forever, or forever ever ever and tak payah fikir pasal masa?
Why can’t I just.. haih

I miss you :(

This entry will be the cringe entry ever tapi aku peduli apa, perasaan aku.

Saturday, April 6, 2019

Scary.

The scary (not scariest) moment of my life.

Aku— macam yang semua orang tahu (err.. semua orang ke?), memang ada masalah sikit nak berinteraksi. Lagi-lagi dengan yang baru kenal, atau yang baru jumpa. Or yang tak berapa rapat sangat. Yes.

And here come the scary (not scariest) of my life when...
ah, macam mana eh nak cakap.

Aku tak boleh nak tiba-tiba jadi peramah bila aku jumpa orang-orang penting dalam hidup dia. Bukan sebab aku taknak, tapi sebab aku tak boleh. Sebab aku memang macam ni, faham tak? Ya ya, orang yang kenal rapat dengan aku akan gelak berguling bila aku sendiri cakap aku pendiam, tapi...

But that’s the truth, guys.

And I can’t do better than this.

Next.

I miss you, a lot.
Soooo much sampai I can’t describe pun how much.
And tak boleh nak terangkan lama mana, and susah nak bagi tahu sampai bila.

Satu lagi perasaan yang perlu aku hold selama yang aku mampu; rindu.
Rindu pada dia macam tak ada hujung. Even baru lepas jumpa pun, shit; tak berkurang langsung!

Date harini hambar sikit sebab tak plan pun nak pergi mana, makan apa. Makan pun last minute punya plan. So, just go with the flow je. But still, being around him is enough.

Aku pun tak tahu kenapa aku kena menangis untuk tulis entry kali ni, padahal baru lepas jumpa hahah. Izzaty— lemah.

“Kalau saya cerewet, saya tak pilih awak.”

Ayat tu memang menusuk kalbu sikit. Sikit. When I said sikit, ya, memang sikit. Fap! Macam kena panah dekat jantung sekali, but then okay. Sebab? Aku malas nak jadi budak-budak. Takkan aku nak sedih pasal benda tu ‘je’. Second, kalau betul tu kebenarannya, terima jelah. Pahit, but at least tu benda betul. So, telan jelah. Third, kalau aku nak merajuk/menangis sebab ayat tu pun, benda dah cakap. Dah lepas, so move on. Takkan nak stuck dekat page yang sama hanya sebab satu ayat tu?

Damn, belagak jadi dewasa sangat melelahkan.

Macam aku cakap, aku taknak menyusahkan dia layan perangai bodoh aku so lets just turn to the next page of life.


Tuesday, April 2, 2019

Unconditionally.

Minggu ini akan jadi minggu yang paling disaster dalam hidup aku. Okay over, tapi anggap jelah macam tu sebab kalau tak disaster pun, aku nak over jugak.

You can’t just kiss someone and then wave them goodbye.

Jumpa sekejap je haritu. Sebelum kembali menjalani seminggu yang maha jauh. Sebab tu mood swing, dengan masuk pakar lagi, kena bangun awal pagi, balik nak dekat Maghrib and etc etc.

Semalam on bluetooth kereta, tutup data then bukak whatsapp. Klik media yang aku share dengan dia and play semua songs and videos yang dia hantar dulu.

And I cried. Sebab gue maha lemah dan maha rindu. Fullstop.

Ya, aku over. Baru sehari dah start over. Bayangkan kalau dua tiga hari??? Tapi rasanya harini okay je kot. Kot. Puasa, tapi tak rasa lapar sangat. Dah kenyang dengan kasih sayang dia :p

Semalam suruh dia record lagu. Tapi dia siap bagi video. Time tengah tengok dia nyanyi tu pun nangis jugak. Ya Allah, Izzaty. Mana pergi semangat waja putih berseri budi pekerti kau selama ini??? (okay, over)

Malam tadi tengok movie. Dia pulak tengok YouTube. And aku tetiba rasa nak tengok dia so aku pandang jelah lama-lama. Rindu. Nak. Mampos. Okay.

“Kenapa?” He asked.

“Kenapa apa?” Me, asked him back.

“Rindulah tu.” :’)

Obvious sangat ke? Eiii menyampah betullah. Buat malu je. Kata badan besi urat dawai, mana boleh share perasaan soft ni dengan orang lain. Even perasaan tu untuk dia pun eiii

Then, haritu..

“Bapak buruk saya ni.” He said. Sambil betul-betulkan rambut guna sebelah tangan sebab sebelah lagi pegang stereng.

Me : Mana ada. Handsome jelah.

Dia : *gelakkan diri sendiri*

Time tu, aku rasa nak sepuk-sepuk je kepala hotak dia. Berani dia memperkecilkan kegemaran aku? Dia handsome di mata aku, so rasanya tak payah kot nak gelakkan :(

Rasanya tujuan bukak blog baru ni untuk share the alright side of Izzaty. Tapi kenapa macam tak alright je 😂

Bahagia, tapi tak chill. Semua benda nak gelabah, semua benda nak terasa, semua benda nak over.

Tapi nak buat macam mana. This is the price that you have to pay when you love someone so badly, unconditionally and irrevocably.

Monday, April 1, 2019

#6.something

“Saya jealous sampai rasa nak menangis.”

That’s it. Tu yang aku nak cakap. Tu jawapan untuk soalan “awak macam ada benda nak cakap, apa dia?” But dang, no. Aku tak cakap apa-apa and just ambil dua perkataan dari ayat di atas. “Saya jealous.” Dan kita biarkan hari itu berlalu tanpa perkataan dihabiskan.

I just... aku taknak jadi beban. Aku taknak dia rasa leceh kena layan jealous aku. Sebab dalam relationship, selain dari faham each other (which is aku faham kengkawan perempuan dia nak belanja dia makan lepas puas cucuk dia punya tangan), all we need is trust.

Tapi, still. Aku still membebankan. Dan menyusahkan. Dan bodo lagi menangis padahal benda tak ada apa pun. Okay, jk. Ni bukan tak ada apa eh. Tapi.. haih. Entah. Susah. Perasan ni.. buat aku lemah.

“Diorang tak cantik pun.” Dia cakap.
Aku gelak and terus balas, “tak baik lah. Semua orang cantik, di mata seseorang.”
Macam aku. Aku hanya cantik kat mata dia je. Kat mata orang lain, jahanam. Kat mata sendiri, kadang-kadang.

The point is, aku sedang belajar to be better. Sedang belajar jadi jadi orang dewasa yang better.
Bukan nak bawak perangai budak-budak yang suka ikut emosi tak tentu hala. So, doakan sis!

Little girl.

Looking at my life now, read old conversations. Still makes me cry. I’m just a little girl. Still a little girl. Wanting to love, to be love...